Sun Wu (Pinyin:Sūn Wǔ), lebih dikenali sebagai Sun Tzu atau Sunzi) (Cina ringkasCina tradisional孫子pinyinSūnzǐ, ialah seorang jeneral, ahli strategi dan ahli falsafah China zaman purba yang dipercayai telah mengarang buku Seni Peperangan, satu buku yang berpengaruh berkaitan strategi ketenteraan. Sun Tsu meninggalkan jasa bukan sahaja kepada sejarah China, malah budaya dan sejarah Asia, menerusi Seni Peperangan penulisannya dan juga legendanya.
 
Sun Tzu, yang juga diterjemahkan sebagai "Sun Tze" atau "Sun Wu" dalam beberapa karya penterjamahan, merupakan seorang tokoh sejarah yang dipersoalkan ketulenanna oleh para sejarawan. Pengisahan tradisional meletaknya pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh China (722–481 SM), sebagai seorang jeneral tentera yang berkhidmat untuk Raja Helu dari Wu, yang hidup pada lebih kurang 544–496 SM. Para sarjana moden yang menerima ketulenannya meletakkan tarikh Seni Peperangan diselesaikan padaZaman Negeri-Negeri Berperang (476–221 SM), berlandaskan pemerian peperangan dalam teksnya, dan kesamaan prosanya kepada prosa karya-karya sezaman.[2]

Pengisahan tradisional menyatakan bahawa warisnya, Sun Bin, juga menulis treatis tentang taktik, berjudul Seni Peperangan Sun Bin. Penulisan klasik China merujuk kepada kedua-dua Sun Wu dan Sun Bin sebagai "Sun Tzu", dan beberapa ahli sejarah pada mulanya mempercayai yang Sun Wu sebenarnya ialah Sun Bin, sehinggalah penjumpaan treatis Sun Bin pada tahun 1972. KaryaSeni Peperangan Sun Tsu menjadi masyhur dan digunakan secara amali pada kurun ke-19 dan ke-20 di kalangan negara Barat; karyanya masih mempengaruhi kebudayaan dan politik Asia dan Barat hingga sekarang.



PETIKAN KANDUNGAN AYAT DI DALAM KITAB SENI BERPERANG SUN TZU

  1. 1. Perdaya Langit Untuk Melalui Samudera.

Bergerak di kegelapan, bayang – bayang , menggunakan tempat tersembunyi atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi anda dengan aktiviti kebiasaan.

  1.  Kepung Wei Untuk Menyelamatkan Zhoa.

Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang maka seranglah sesuatu yang berharga miliknya. Ketahuilah musuh tidak selalu kuat dalam semua hal. Entah dimana, pasti ada celah di antara senjatanya , kelemahan pasti akan dapat diserang. Dengan kata lain anda akan dapat menyerang sesuatu yang berhubungan atau berharga yang dianggap musush untuk melemahkan secara psikologi.

  1. 3  Pinjam Tangan Seseorang Untuk Membunuh (Bunuh Dengan Pisau Pinjaman )

Serang musuh dengan kekuatan pihak lain ( kerana kita akan menggunakan kekuatan minima atau tidak menggunakan lannsung kekuatan kita ) perdaya sekutu untuk menyerang musuh , sogok pegawai musuh untuk belok atau gunakan kekuatan musush untuk melawan dirinya sendiri

  1. 4  Buat Musuh Kelelahan Sambil Mengumpul Tenaga.

Adalah satu keuntungan , merencanakan waktu dan tempat pertempuran. Dengan cara ini, anda akan mengetahui bila dan dimana pertempuran akan berlansung, sementara musuh anda tidak. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara sia-sia sambil anda mengumpulkan tenaga. Saat ia lelah dan bingun, anda dapat menyerangnnya

  1. 5  Mencuri Kambing Di Setiap Jalan ( Ambil Kesempatan Untuk Mencuri Kambing ).

Walaupun  tetap berpegang pada sebuh strategi anda harus cukup fleksibel untuk mengambil keuntungan dari setiap kesempatan yang ada walau sekecil-kecil perkara.






 ( Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said )


'' Kita mana boleh marah sebab Hamidah dan Rafidah cintakan kita..Jangan takut kita tidak boleh dijual ”  sedikit cuplikan kata Abdul Wahab ( Haji Mahadi ) kepada Abdul Wahib ( S. Kandarisman )  didalam filem 3 Abdul yang tentunya sangat malar dan menggamit nostalgia buat kita.

Sesosok anak seni yang mempuyai bakat yang besar  khususnya didalam dunia layar begitulah yang boleh di gambarkan melalui satu sisi sudut pandang, buat seorang seniman tanah air kita yaitu Allahyarham Tuan Haji Mahadi atau nama sebenarnya Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said. Mungkin namanya tidak segah nama seniman lain namun beliaulah merupakan anak melayu yang pertama yang mengarahkan filem melayu yang berjudul permata di perlimbahan. Sebelum itu, Haji Mahadi pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu pada 1939 ketika berusia sekitar 25 tahun. Di MFP, beliau sebenarnya tidak terus menjadi pelakon, tetapi bermula sebagai penterjemah, sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan penolong pengarah. Beliau bermula sebagai pelakon biasa sebelum ditugaskan bagi mengarah filem.

Seniman Haji Mahadi merupakan anak kesayangan kepada bapanya yaitu seorang Ulama Sufi juga seorang Mufti di Negeri Sembilan sewaktu zamannya yaitu Tuan Guru Sheikh Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin Al-Linggi adalah seorang ulama yang terkenal di Negeri Sembilan pada penghujung kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Bapa Tuan Haji Mahadi merupakan seorang tokoh agamawan yang mengembangkan ajaran toriqoh Ahmadiah di Nusantara khususnya Malaysia. Penulis pernah bertemu seorang pengikut toriqoh Ahmadiah Idrisiyyah  yang mana beliau menceritakan bahawa sewaktu Syeikh Haji Muhammad Said Al – Linggi masih hidup beliau pernah ditanya oleh muridnya siapakah dikalangan anak Syeikh Said yang sebanyak lima belas orang yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu dijawab beliau anaknya yang bernama Haji Mahadi. ( WALLAHU ‘ALAM..hanya Allah SWT yang lebih mengetahui kebenarannya ). ;-)
( Tuan Guru Sheikh Haji Muhammad Said 
bin Haji Jamaluddin Al-Linggi )

Dari segi pendidikan Seniman haji Mahadi memang sudah dididik serta ditarbiyah dengan ajaran agama oleh ayahdanya sendiri sewaktu di pondok, Negeri Sembilan dan beliau telah menyambung pengajiannya dalam bidang Syariah dan Tasawwuf di Madrasah Al – Falah, Makkah Mukrramah sejak berumur tiga belas tahun.
Haji Mahadi mengakui orang seni tidak semestinya datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang seni. 

Kemunculan beliau membuktikan ada orang seni datang daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya.
Dengan pengetahuan ilmu agama yang diberikan Allah SWT kepada beliau. 

Beliau mengambil tanggungjawab dalam menyebarkan dakwahnya pada awalnya melalui dunia seni penulisan dan seterusnya dalam bidang lakonan dan pengarahan filem melayu. Jika kita melihat di dalam  filem arahan pertamanya Permata di Perlimbahan yang disampaikan dalam bentuk tersurat sesuai dimensi sisi hitam dan putih anak seni namun intisari yang disajikan dalam filemnya penuh dengan hikmah tersirat yang mengajak manusia kembali ke jalan Allah SWT. 

Contohnya dari lagu – lagu yang dinyanyikan dalam filem berkenaan penuh dengan mesej berkisar ketuhanan dan nilai agama antaranya lagu yang bertajuk Fajar Menyinsing diantara liriknya :

“ Hai Kaumku Tua Serta yang Muda
Segera Sedar dan Insaflah akan Dirimu
Jangan lalai dan terlena
Mengikut hati Suka
Lihatlah DI Timur Daya Fajar telah Menyinsing
Menyinari Alam Dan Seisinya
Segeralah Kamu Insaf dan Sedar
Menyembah Tuhan Yang Maha Esa ” – Fajar Menyinsing Ost Permata Di Perlimbahan - 

Hakikatnya filem pertama arahannya itu , menceritakan tentang dirinya yang berjuang dalam kelompok anak seni yang di anggap golongan kotor dan sampah oleh masyarakat pada waktu itu .

Bagaimanapun, menyedari kebolehannya sebagai pengarah filem belum kukuh, beliau enggan meneruskan tugas itu. Beliau secara jujur pernah pernah berkata: “Saya perlukan pengalaman yang lebih lama.”Selepas itu, Haji Mahadi kembali berjuang dalam seni lakonan. Hajatnya tercapai apabila beliau ditawarkan berlakon filem Istana Impian (1953) dan Hujan Panas pada 1954.


Filem Hujan Panas agak istimewa kerana menyebabkan beliau mendapat gelaran seniman pembantu pujaan yang diberi berdasarkan satu undian nasional. Sejak itu beliau disanjung sebagai seniman serba boleh dengan mendukung peranan dalam beraneka cerita dan ragam, daripada orang tua, muda, baik, miskin, kaya dan sultan, semuanya dapat dilakonkan dengan baik.
( Abdul Wahab didalam filem 3 Abdul antara watak yang mengankat nama beliau )

Walaupun menerima sanjungan, Haji Mahadi tetap seorang yang merendah diri. Beliau tidak mudah lupa daratan, terutama kepada keluarga dan rakannya.

“Tiada perkara yang dapat menyenangkan dan menggembirakan hati saya selain melihat keadaan aman dan tenteram kaum keluarga dan sahabat handai saya,” katanya.

Ketika zamannya, isu kafir mengkafir hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila beliau terbabit dalam bidang seni.

"Hukum agama kita, yang diakui Allah itu luas. Mengapa mesti disempitkan?" katanya apabila diminta mengulas isu itu.
Beliau pernah ditanya apa bezanya seorang tokoh agama dengan pelakon, dan menjawab, “Cara pemujaan antara kedua-dua itu berbeza.”.( Sumber http://shawbrother.multiply.com )

Begitulah sedikit dari penulis tentang seorang anak seni Seniman Agung Haji Mahadi yang patut dijadikan contoh tentang perjuangannya yang menjadikan wadah seni sebagai medan dakwahnya melalui pengolahannya serta kebijaksanaanya. Khususnya buat para penggiat filem mahupun seni lakonan yang seharusnya melihat bagaimana beliau menjadikan platform kesenian dalam mengajak manusia kepada jalan kembali kepada yang Maha Esa. 

Kebanyakkan filem hari ini banyak mengajak manusia kepada cinta  materialistik dek kerana itulah kurangnnya mutu filem sekarang berbanding filem terdahulu kerana simpang siulnya tujuan sesuatu filem. Dari satu sudut kaca mata, kita boleh melihat bagaimana luasnya Rahmat Allah SWT kepada hambanya yang sentiasa menghantar manusia yang dekat denganNya kepada setiap bentuk kelompok masyarakat untuk mengajak sesuatu kelompok kembali kepada jalan penabdiannya.






( Al Fatehah kepada Roh Arwah Haji Mahadi
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan Syafaat Rasulullah SAW )














Rabitah Hati

Oh Wajah yang kuPandang,
Wajah yang memandang seorang kekasih,
Pantulan cerminan limpahan kasih,
Disaat malai rinduku mulai merintih..

Oh Wajah yang kuPandang,
Wajah yang terukir di kanvas qalbu,
Dalam diam Dikau memanggilku,
Untuk kembali  bersaksi Cinta ,
Namun aku masih hampar  pilu,
 terkunci didalam bayang jasadku
Terlena  di alam Fattamogana  Nafsuku..

Oh Wajah yang kuPandang,
Dari Wajahmu tersimpan Khazanah Rahsia,
Rahsia  pancaran cahaya diatas Cahaya,
Bergetar hatiku membisik Rindu,
Mengalir Nafasku dalam Cintamu,
Ingin mengintai dibalik tirai WajahMu..


Duhai Wajah seorang Kekasih,
Dimanaku disaat keberadaanmu,
Dalam rentak Ilahiah .. Menarilah daku Dalam TarianMu..




~ Asror Bayu ~ 15 syaaban 1435H / 13 Jun 2014

Nisrina

Seindah Nisrina
Sebuah lambang Kemekaran  Cinta Sejati
Dibalik Kelopakmu Tersimpan Siroh  Seorang Kekasih
Sebuah Siroh dalam meraih Asror Mawaddah
Sehingga Tersimpanlah ia Sebagai Restu
Mekar Indah Dalam Taman Sir Qalbu

Seindah Nisrina
Sesalju Warnamu  dalil Kesucian  Sebuah Cinta.
MenjadI Dealova  antara Dua Kekasih Bercinta
Sebuah Anugerah Cinta yang diraih
Berkat Kesabaran Sebagai  Hadiah  Insan Terpilih.

Seindah Nisrina
Seharum Wangianmu  Rahmat buat Ummah
Dalam Persona  Aroma  Sakinah
Bisa menjadi igauan mimpi Si Darwish
Dalam memasuki  hadrat taman kekasih


~ Faqih Sapein ~







langitsenyum.blogspot.com. Powered by Blogger.