Seni Peperangan Sub Tzu ( The Arts Of War )

/
0 Comments


Sun Wu (Pinyin:Sūn Wǔ), lebih dikenali sebagai Sun Tzu atau Sunzi) (Cina ringkasCina tradisional孫子pinyinSūnzǐ, ialah seorang jeneral, ahli strategi dan ahli falsafah China zaman purba yang dipercayai telah mengarang buku Seni Peperangan, satu buku yang berpengaruh berkaitan strategi ketenteraan. Sun Tsu meninggalkan jasa bukan sahaja kepada sejarah China, malah budaya dan sejarah Asia, menerusi Seni Peperangan penulisannya dan juga legendanya.
 
Sun Tzu, yang juga diterjemahkan sebagai "Sun Tze" atau "Sun Wu" dalam beberapa karya penterjamahan, merupakan seorang tokoh sejarah yang dipersoalkan ketulenanna oleh para sejarawan. Pengisahan tradisional meletaknya pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh China (722–481 SM), sebagai seorang jeneral tentera yang berkhidmat untuk Raja Helu dari Wu, yang hidup pada lebih kurang 544–496 SM. Para sarjana moden yang menerima ketulenannya meletakkan tarikh Seni Peperangan diselesaikan padaZaman Negeri-Negeri Berperang (476–221 SM), berlandaskan pemerian peperangan dalam teksnya, dan kesamaan prosanya kepada prosa karya-karya sezaman.[2]

Pengisahan tradisional menyatakan bahawa warisnya, Sun Bin, juga menulis treatis tentang taktik, berjudul Seni Peperangan Sun Bin. Penulisan klasik China merujuk kepada kedua-dua Sun Wu dan Sun Bin sebagai "Sun Tzu", dan beberapa ahli sejarah pada mulanya mempercayai yang Sun Wu sebenarnya ialah Sun Bin, sehinggalah penjumpaan treatis Sun Bin pada tahun 1972. KaryaSeni Peperangan Sun Tsu menjadi masyhur dan digunakan secara amali pada kurun ke-19 dan ke-20 di kalangan negara Barat; karyanya masih mempengaruhi kebudayaan dan politik Asia dan Barat hingga sekarang.



PETIKAN KANDUNGAN AYAT DI DALAM KITAB SENI BERPERANG SUN TZU

  1. 1. Perdaya Langit Untuk Melalui Samudera.

Bergerak di kegelapan, bayang – bayang , menggunakan tempat tersembunyi atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi anda dengan aktiviti kebiasaan.

  1.  Kepung Wei Untuk Menyelamatkan Zhoa.

Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang maka seranglah sesuatu yang berharga miliknya. Ketahuilah musuh tidak selalu kuat dalam semua hal. Entah dimana, pasti ada celah di antara senjatanya , kelemahan pasti akan dapat diserang. Dengan kata lain anda akan dapat menyerang sesuatu yang berhubungan atau berharga yang dianggap musush untuk melemahkan secara psikologi.

  1. 3  Pinjam Tangan Seseorang Untuk Membunuh (Bunuh Dengan Pisau Pinjaman )

Serang musuh dengan kekuatan pihak lain ( kerana kita akan menggunakan kekuatan minima atau tidak menggunakan lannsung kekuatan kita ) perdaya sekutu untuk menyerang musuh , sogok pegawai musuh untuk belok atau gunakan kekuatan musush untuk melawan dirinya sendiri

  1. 4  Buat Musuh Kelelahan Sambil Mengumpul Tenaga.

Adalah satu keuntungan , merencanakan waktu dan tempat pertempuran. Dengan cara ini, anda akan mengetahui bila dan dimana pertempuran akan berlansung, sementara musuh anda tidak. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara sia-sia sambil anda mengumpulkan tenaga. Saat ia lelah dan bingun, anda dapat menyerangnnya

  1. 5  Mencuri Kambing Di Setiap Jalan ( Ambil Kesempatan Untuk Mencuri Kambing ).

Walaupun  tetap berpegang pada sebuh strategi anda harus cukup fleksibel untuk mengambil keuntungan dari setiap kesempatan yang ada walau sekecil-kecil perkara.






You may also like

No comments:

langitsenyum.blogspot.com. Powered by Blogger.